Voting

Monday, March 21, 2011

Jadilah Warganegara Malaysia yang "BERTANGGUNGJAWAB"

SPR sedia pelbagai kaedah semak daftar pemilih

11/02/2011 8:21pm

KUALA LUMPUR, 11 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan pelbagai kaedah semakan maklumat pengundian buat pemilih-pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya .

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia disediakan bagi memudahkan pemilih membuat semakan maklumat termasuk nama pusat mengundi yang ditetapkan, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih yang tersenarai dalam Buku Daftar Pemilih bagi tempat di mana seseorang pemilih itu akan mengundi.

Katanya, semakan boleh dilakukan menerusi empat kaedah iaitu melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888, semakan dengan pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui kaunter semakan daftar pemilih SPR. - Bernama

Jadi.... tak reti2 nak gi daftar.... yang dah mendaftar tu tahniah di ucapkan.. yang belum n masih bertangguh ... nanti..nanti...nanti je tu.... agak2 lah... jgn terlambat.. nanti anda yang RUGI~!!

No comments:

Post a Comment