Voting

Wednesday, July 27, 2011

Ahlan wa Sahlah Ya Ramadhan Karim...

Niat Puasa Ramadhan,Doa Berbuka Puasa dan Doa selepas berbuka Puasa....
pasni dah takde makne lah nak bagi alasan tak tahu niat puasa n tak tahu baca doa yg sewaktu dengan nya... alasan tinggal alasan jerk.. jgn gunakan akal tu hanya nak cari camne nak buat alasan... cuba gunakan akal tu utk cari camne nak jadi produktif dan transform diri sepaya sentiasa menjadi insan yang cemerlang dan berguna didunia dan diakhirat.. insyaAllah.. ni pun utk peringatan diri aku sendiri.. kan tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini kena sentiasa n saling ingat mengingati diantara satu sama lain... jadi tak rugi utk berbuat demikian....

k lah.. ape2 pun selamat menjalani ibadat puasa dan semoga dipermudahkan amalan kita pada bulan ramadhan tahun ini.. amin..

kat sini aku sertakan sekali niat puasa :

ni utk lafaz niat sebulan puasa :

niatsebulanpuasa
ertinya :Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


dan yang ini pula utk lafaz niat harian


niatharianpuasa
ertinya :Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala




bila nak berbuka puasa plak... jgn la sampai tak sempat nak baca doa yer... ha. ni dia doa utk berbuka puasa :


doaberbuka


ertinya :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


dan selepas berbuka puasa plak.. jgn tak reti2 nak ucap syukur sbb dah kenyang dan dah berjaya utk berpuasa pd hari tu... lepas tu.. jgn lupe utk solat maghrib dan isyak dan.... solat terawih yer...


doasesudahberbuka


ertinya :Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


selamat beramal semua~!!! 



Monday, March 21, 2011

Acid Folic.... Sangat penting rupanya~!!!

Khas buat ibu-ibu yang kini sedang membawa kandungan.

Amalkan pemakanan yang sihat bagi memenuhi semua keperluan tubuh anda dan juga bayi di dalam kandungan. Antara keperluan utama bagi ibu-ibu ini adalah Asid folik (folic acid). 

Asid Folik memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid Folik juga adalah untuk tumbesaran otak bayi. Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. 

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan Asid Folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan Asid Folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi, bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor untuk mengambil vitamin dan Asid Folik yang diberikan.

Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Menurut kajian, pengambilan Asid Folik dapat membantu mencegah kemungkinan kecacatan ini 50% ke 70% daripada ianya berlaku. Allah SWT yang menentukan semuanya tetapi usaha kita mengamalkan pencegahan dan doa kita untuk anak di dalam kandungan juga perlu ada.

Asid Folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnya bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tidak dapat disingkap) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan Asid Folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan Asid Folik boleh didapati samada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan Asid Folik atau dengan pil Asid Folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 hingga 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan Asid Folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan Asid Folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi Asid Folik:-
barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 
Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan : 

1. Sakit disekeliling mulut. 
2. Sakit lidah. 
3. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak. 
4. Anemia. 

Kesimpulan:

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

Jadilah Warganegara Malaysia yang "BERTANGGUNGJAWAB"

SPR sedia pelbagai kaedah semak daftar pemilih

11/02/2011 8:21pm

KUALA LUMPUR, 11 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan pelbagai kaedah semakan maklumat pengundian buat pemilih-pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya .

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia disediakan bagi memudahkan pemilih membuat semakan maklumat termasuk nama pusat mengundi yang ditetapkan, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih yang tersenarai dalam Buku Daftar Pemilih bagi tempat di mana seseorang pemilih itu akan mengundi.

Katanya, semakan boleh dilakukan menerusi empat kaedah iaitu melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888, semakan dengan pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui kaunter semakan daftar pemilih SPR. - Bernama

Jadi.... tak reti2 nak gi daftar.... yang dah mendaftar tu tahniah di ucapkan.. yang belum n masih bertangguh ... nanti..nanti...nanti je tu.... agak2 lah... jgn terlambat.. nanti anda yang RUGI~!!

Thursday, February 10, 2011

Satu Malaysia Satu Ummah~!! SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2011/1432

DI KEKASIH ALLAH.... NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Friday, February 4, 2011

Apam dot2 " kau mampu" gitu~!!

Ini ada lagi resepi yang aku dah cuba... tq to kawan aku rohayu jaafar yang sudi berkongsi resepi apam dot2 ni kat aku... so pada korang semua.. cubalah ye... :)




sekadar gambar hiasan..
Bahan2 nya...


1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan ais cream soda
2 biji telur ayam saiz beso "A"
1/2 sudu makan ovallate
sdkt esen ros
pewarna yang dibenarkan.
kertas acuan kuih
acuan kuih lompang

caranya:
1. pukul telur+ovallate+gula sampai kembang
2. masuk kan esen ros+ tepung+ais cream soda
3.bahagikan adunan kpd bbrapa bhagian dan warnakan mengikut citarasa
4. masukan adunan ke dalam acuan kertas sehingga 3/4 penuh dan dot2 kan dengan aduna warna yang lain.
5. kukus 15 minit ngan api yg kecik

Buat Kek Coklat lagi~!!

Assalammualaikum semua.. selamat petang....
harini aku buat lagi kek coklat khas untuk suamiku tersayang.. yelah kan.. dah kegemaran n kesukaan dia... time2 dulu aku rajin beli jerk kat kedai kek... la ni.. daripada beli baik aku buat sendiri...lagi special n romantik gitu~!! cewah... 


oklah kat sini aku nak kongsi resepi kek coklat kukus dengan korang semua...  kalau dah cuba leh roger2 kat aku.. mesti korang suke ngan kek ni.. aku pun nak say tq kat web MY RESEPI.. yang menyediakan bermacam - macam resepi masakan... dah tak payah beli buku resepi lagi.. just klik di hujung jari je.. hehehe..


oklah ni dia resepinye....


Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

Kek
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan. 

selamat mencuba semua~!!! hehehhe...
buat para2 isteri dan yang baru nak bergelar isteri.. harus mencuba resepi ini.. tu pun kalau korang semua suke dengan COKLAT~!! ok.... nanti akn datang aku akan kongsikan lagi resepi yang mudah n sedap untuk korang cuba di rumah.. n percayalah....bertambah erat hubungan korang dengan suami korang n keluarga korang semua~!!


Thursday, February 3, 2011

Happy Rabbit year~~!! 2011

Akhirnya setelah sekian lame.. wah macam lame jerk kan... aku dapat jugak jenjalan ngan mak,adik sara n usop.. kami berempat ke rumah mak ngah.. dapat jugak jumpe makngah n pakngah sefamily.. sebelum tu temankan mak gi cari tudung utk dia pakai time rewang kat umah Ayahanda pak saat ahad ni..


arini kami langkah kanan kiri.. sampai2 je umah makngah, terus dia goreng pisang goreng.. pastu siap dia panaskan sup ayam untuk kami hirup2.. ape lagi bedal aje lah dah rezekikan.. heheh yang paling happening dak usop n adek sara lah.. heheheh... pastu.. tub2 kuar plak KFC.. huhuh tq lah pada makngah sefamily... kenyang kami balik umah.. alahai... moga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga..~!!


huhu.. tak sabo sebenarnya nak tunggu hari sabtu ni.. nak tahu nape?? haaa sbb my husband nak balik lah.. eeee... bestnye~!! rindu serindu rindunye.. alamak.. jiwang plak.. tp ape adehal.. suami i kan.. cewahhh~!!
dapatlah pra honeymoon lagi.. ate asik pra je bila kemuncaknye ek?? insyallah.. akan sampailah waktunye.. go with the flow kan.. amboi...


aku ada cadang nak bercuti ke bali.. tapi tak tau bila.. sebenonye adik aku yang cadangkan.. zaki kate gi bali best.. so ape lagi.. cepat2 lah buat pasport, n segera lah simpan duit.. leh shopping sakan nanti.. ni berangan lah dulu.. manelah tahu jadi kenyataan.. dapat jugak lah aku naik kapal terbang.. hahahah


malam ni tinggal mak, abah, aku n adik je kat umah.. usop kuar gi main boling ngan kengkawan dia.. zaki pun same.. biaselah dak bujang2 kan chill n hang up lah ngan kengkawan dia.. aku seperti biase ber blog n ber FB n ber 3G ngan suami tersayang... walaupun jauh kami ttp dekat... zaman dah canggihkan.. hehehhe time ni kedengaran gelak ketawa abh n emak layan cerita CJ7 kat tv3.. hahhaha... suka abah. mak pun tekeh keh keh keh jugak dibuatnye... maklumlah raye cina kan.. so 1 malaysia..semua cerita kat tv kite layan jerk.. 


ok lah.. disebbkan dalam minggu ni aku update blog guna lappy adik aku zaki.. tq to zaki sbb bagi pinjam lappy canggih dia ni.. jadi tak dapatlah aku nak upload gambo2 aku dok possing2 dengan suami n family.. jadi tunggu ajelah ye nanti.. insyaAllah... 


oklah.. setakat ni dulu... nanti kite sembang gebang lagi yer~!!  

Tuesday, February 1, 2011

Rindu pada My Husband~!! Azhar Johari... luv u SAYANG~!!

Jiwang gak aku ni.. tp hidup kena jiwang.. dalam hati ade taman beb...

fly me to the moon...

Tetibe plak.. rasa macam nak terbang ke BULAN~!!...

Apa dah jadi ye???

Pagi semua.. sbb aku dapat update blog ni di waktu pagi.. heheh.. pagi kah?? teettt.. tgh relax2 depan tv tub2 dapat panggilan mengatakan ade sedikit permasalahan kat tugasan aku.. ape2 pun tugasan tu dah bertuko tahun pun.. aku dah pun buat kemaskini.. dah settle dah pun takde masalah yang timbul2 tub2 orang yang dok atas tu kate ade beberapa perkara yang tertunggak.. tertunggak?? ape halnye pulak, sedangkan semua dah settle dah.. ni lah kalau kerja tunggang langgang.. takde disiplin.. kite yang ikut prosedur ni plak jadi mangsa.. iksh2.. nak bercuti tenang2 pun tak boleh.. seb baik ade org memahami dan tahu kerja2 aku ni camne.. alhamdulillah.. tu lah kalau kerja ikut suka hati n kelam kelibut camtu lah jadinye.. tak pasal2 org lain jadi mangsa... aku faham yang kite ni manusia biasa.. jadi biasekanlah yang betul dan betulkanlah yang biasa.. mmg bukan mudah.. tp takleh ke nak cuba slow2.. step by step.. tul tak?? ikksshhh~!!! hampeh~!! sabau aje lah beb.... dugaan namenye ni... 
korang mesti pelik kan kenapa ade video ni kat blog aku??? takde la.. pagi tadi aku layan Malaysia Hari ini kat tv3... bersama fitri yahya, abby fana n nurul shuhada nurul ain.. n tetiba ade lah mat salleh ( belacan n paku ) ni diinterview..tp yang datang kat set belacan n wife dia.. dalam bahasa malaysia ye.. aku tetibe rase macam terkejut n bangga plak.. bahasa melayu yang baik diucapkan oleh beliau... dan2 tu aku terus cari fb diaorang n tgk video2 mereka kat you tube... hehehhe agak lucu.. mereka sungguh berbakat kan... :) so kalau kite tak rase bertuah dengan ape yang kita ade sekarang ni.. dan tak bersyukur dengan ape yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.. nanti satu masa kita akan tetibe rase kehilangan yang suram secara perlahan- lahan.... :)

sempena nak sambut maulirul rasul tak lama lagi ni.. 
lagu ni lah aku ajar anak2 murid aku darjah 6 untuk buat persembahan pada karnival maulidul rasul kat sekolah... tahun ni ade kelainan... tema besar peringkat sekolah.."karnival" gitu.. 
banyak lagi acara yang akan diadakan.. antaranya pertandingan selawat dah zikir berkumpulan, kuiz dan pertandingan nasyid moden.. :)
harap2 ape yang dirancangkan akan dipermudahkan... insyallah...
maher zain~!!
i love this song~!!

azam baru atau???

Ha... setiap kali tahun baru, adakah perlu pasang azam baru atau azam yang masih ada saki bakinya yang tahun lepas tu diforwardkan ke tahun yang berikutnya ye?? ape pendapat kengkawan semua?? yang pastinya setiap ape yang kita rancangkan atau jadualkan hendaklah dilaksanakan dengan usaha dan sedaya upaya kita agar ape yang kite impikan atau cita2kan akan tercapai...  betul tak? abis tu kalau ade yang tergendala atau pun tekandas dengan tidak sengaja macam mane plak?? jadi. kenalah kite teruskan juga ape yang kite dah rancangkan tu... ingat.. kite yang merancang tp tuhan yang menentukan.. dengan izin Allah segala ape yang kita inginkan andai disusuli serta diiringi dengan doa insyaAllah... akan dipermudahkan...

ye lah kan... dari gadis ni ( aku lah tu ) bujang la ni dah bergelar isteri orang.. alhamdulillah.. walaupun kami PJJ ( perkahwinan jarak jauh ) dia di selangor aku di johor.. tidak akan sedikit pun menjadi penghalang.. malah kami bertambah kasih dan sayang.. kuasa Allah bukan... kalau dah jodoh ye tidak kemana.... kami berkenalan pun di internet.. medam maya yang canggih.. tu pun bukan dirancang.. semuanya secara kebetulan.... macam aku cakap tadi... kuasa Allah.. ( kalau dah jodoh )... amin... 

oklah.. berbalik kite kepada topik kite tadi... wahhh macam serius je bunyiknye kan.. hahahah
azam.... ape lagi yang kite inginkan dan ape lagi yang tak cukup kat dunia ni??? adakah hanya nak mengejar kepuasan duniawi je... haaa sepatutnya perlukan keseimbangan dunia pun ye.. akhirati pun ye jugak.. barulah seimbang... :)

ok lah.. tetibe coretan aku ni di ganggu oleh adik aku... mr.donut a.k.a mr. yusof.. so.. nanti aku sambung lagi ye... n leh lah aku cari ilham yang mantop2 utk blog aku ni.. heheh.. seronok plak~!! yeeppiiee~!!

berakhirnya sesuatu adalah permulaan bagi sesuatu yg baru...

Assalammualaikum semua.. aduhai.. dah lame sungguh tak mengupdate blog aku ni.. bukan nye sengaja tapi mmg aku betul2 bz.. yelah nak menghabiskan final exam tahun 2010 yang lepas.. dan alhamdulillah.. semuanya dapat ditempuhi dengan lancar dan insyaAllah mudah- mudahan akan tercapailah ape yang aku impikan selama ini.. berakhirnya aku di ipti adalah permulaan bagi sesuatu yang baru pasni.. ada kelapangan akan ku terus mencari dan menimba ilmu selagi terdaya akan kudrat ku ini.. dah selagi aku mendapat restu dari suami tercinta.. hehehe...


akhirnya dapat jugak aku menaip lagi kat blog yang dah lame aku tak jengah ni.. time2 macam ni teringat plak kat kengkawan seperjuangan di kampus ipti jb bersama pensyarah2 yang aku sayangi.. banyak betul jasa mereka kepada aku dan kengkawan aku di sana.. yang paling aku berterima kasih ialah DR.SUMILAH MARTO... dia lah yg ajar aku camne nak buat blog ni.. kalau tak.. agaknye aku masih belum celik IT secelik harini... tq puan.. :) moga Allah saje yang membalasnya... 
time2 rindu ni aku onn fb lah.. dapat gak sembang dengan bonda Rokiah Buyong n Tuan Hj Marwar.. rajin sungguh mereka melayan kerenah aku.. haaa tak di lupakan juga kat Madam Anawiyah... aku dah jatuh cinta dengan dia.. hehehhe
eeee kenangan terindah itu mmg sukar utk aku melupakannya...


aku nak kongsi hobi baru aku utk tahun 2011 ni.. korang nak tahu tak ape??? hahhhaaa aku suka masak~!! terutamanya buat kek coklat kukus siap ngan topping coklat yg mengiurkan ngan aku buat kuih apam dot2 "kau mampu" yang di tlh dikongsikan resepinya oleh kawan aku rohayu jaafaar... jadi jugak tau.. nanti aku akan uploadkan gambonye ye.. kalau nak resepi pun akan ku kongsikan... insyallah.. k lah.. jap2 lagi aku sambung lagi ye.. aku ni kalau dah menaip.. tak ingat dunia nanti.. hhehhe.... :)